Friday 10 February 2012

TeRimA KaSih

assalamualikum dan salam ukhwah~~

terima kasih ummi kerana memelihara dan membawaku kemana sahaja ummi pergi selama sembilan bulan aku didalam kandunganmu..

terima kasih ayah kerana lahirnya aku didunia aku dapat mendengar suara memuji Allah s.w.t. dari launganmu di telinga ku..

tatkala aku menangis semasa demam teruk, kamulah yang tegar membawaku ke klinik bagi memberikan rawatan yang terbaik agar aku dapat kembali sihat..

tatkala motor menjadi pengangkutan utama kita, masih tegar kamu membawaku berjalan memberikan keceriaan dan kegembiraan..

apabila aku mahukan sesuatu yang diluar kemampuanmu, sungguh lembut pujukanmu berharap aku dapat bersabar untuk memperolehinya..

tatkala aku takut memulakan alam persekolahan ku, engkau jugalah yang menemani dan memimpinku untuk terus melangkah..

dikala aku gagal mencapai apa yang aku ingini, tiada yang lain, engkau jualah yang memberiku semangat agar aku terus bertekad tidak mudah putus asa mengejar bintang di langit itu..

kerana kalian aku dapat mengenali siapa itu Pencipta dan pesuruhNya..
kerana kalian aku dapat kesempurnaan hidup yang tidak terhingga ini..
kerana kalian aku bisa berdiri teguh mengharungi segala dugaan dan cabaran yang melanda..
dan kerana kalian jugalah aku dapat terus bernyawa menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. ini...
sesungguhnya aku tahu dan aku sedar betapa besar pengorbanan kalian berdua..

Ya Allah ya tuhanku...
ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku..
kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu kecilku..
hubungkanlah mereka dengan taliMu..
berikanlah mereka kesejahteraan hidup didunia dan akhirat..
hindarilah mereka dari siksa api nerakaMu..
panjangkan usia dan murahkan rezeki mereka berdua..
semoga mereka akan terus tabah mengharungi liku-liku kehidupan ini..



<3 <3 <3