Friday 31 August 2012

new journey part 1


Bismillahirrahmnirrahim
Assalamualaikum dan salam satu blogger

Huhay! New journey gonna start tomorrow.. malam tadi bertolak pukul 9 malam ke Kelantan.. 10 hours dalam kereta~ pergh rasa nak tercabut pinggang.. tapi lagi kesian ayah.. drive 10 hours non stop.. makcik ikut tapi nak bawak takut sebab jalan nak Kelantan ni bukan jalan higway.. takut salah jalan pulak..  aku? Tak reti bawak kereta and xde lesen.. huhay!.. Alhamdulillah lebih kurang pukul 8 pagi kami selamat tiba di kota bharu Kelantan.. aim utama pasar siti khadijah..selalu tgk dalam tv je pasar ni tapi kali nih real seyh! Haha excited at first but bila dah masuk dalam pasar tu.. ha biasa je kott.. hehe sapa dah pernah pergi tahulah apa yang aku maksud kan..lala~ bila dah park and lock stereng kereta tiba2 ayah cakap kunci lock stereng tuh tak bawak.. erh! Faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? Haha apa lagi semua kelam kabut..aku n makcik aku pergilah mencari bengkel mana yang ada.. tapi orang situ cakap kat Kelantan ni hari jumaat banyak kedai tak bukak! Kami balik semula pasar tu dengan hampa.. ayah ajak pergi beli makanan n cuci2 mata dulu kat situ.. lepas 2 jam berjalan kat dalam pasar tu pergi balik kereta tu then ayah amik besi hentak kat lock stereng..alhamdulillah terbukak! Misi seterusnya adalah mencari homestay yang kami dah tempah..huhay! payah betul nak cari homestay ni .. Tanya orang dah, tgk google map pun dah.. tak jumpa gak..last2 pergi balai polis mintak tunjuk jalan.. dan akhirnya sampai.. Alhamdulillah again! Rumah die sgt best, besar, and lengkap.. hurm tu je kott boleh cerita.. nanti aku cerita lagi misi seterusnya untuk next post.. have a nice day XD

Friday 17 August 2012

happy eid!


Assalamualaikum  dan salam ramadhan



Ouh ramadhan nak melabuh kan tirai dah.. hari kemenangan umat islam dah semakin hampir!
hurm.. macam mana persiapan hari raya korang? Dah lengkap? Pakaian? Kasut? Aksesori? Walau apapun persiapan korang biarlah kita besederhana sahaja..
beingat ya! Jagan sibuk bershopping sampai membazir~ baju sampai 5-6 pasang..kasut 2-3 pasang (sebab nak matchingkan dengan baju)
much simpler much awesome actually.. hehe
Alhamdulilah tahun ni aku diberi kesempatan untuk berpuasa bersama keluarga juga menyambut hari raya nnti insyaAllah.. cukup lah insiden tahun lepas tu dah serik dah nak beraya kat hospital
*for those yang tak tahu baca lah ini

kad raya yang berjaya dikumpul.. HAHA
hurm..kalau zaman sekolah dulu kan time minggu akhir sekolah before eid semua sibuk nak bagi kad raya kan.. tapi bila dah besar ni semua ucapan hari raya bagi kat facebook, twitter, and blog.. easier way! Haha
ouh aku pun nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kat korang semua and maaf zahir also batin.. dari hujung rambut sampai hujung kaki sehingga lah ke lapisan epidermis semua,.. sepanjang persahabatan kita, aku buat salah, tersakitkan hati, termaki, termarah, semua ter yang adalah.. aku mintak maaf ye
and pada mereka yang dah nak masuk university lagi 2 minggu ni semoga berjaya ya korang! Keep in touch =D

Saturday 11 August 2012

johari PAin

Assalamualaikum dan salam satu ramadhan

ouh.. confirm ramai yang kenal johari pain nie.. haha
ye! orang yang buat status berani mati di FB

status berani mati die~

antara page2 yang baru wujud kat fb

di sebab kan semalam atlet negara dah pun dapat pingat so ramai lah rakyat Malaysia menuntut janji yang die dah buat.. okeh ni lawak.. dalam fb boleh wujud banyak page! kat twitter boleh masuk malaysia trends
secara automatik nya en johari pain ni menjadi popular.. haha




always have new tweet for johari pain

masuk trends tuh


ouh.. okeh ituu sahaja mahu kongsi~

Tuesday 7 August 2012

biskut mazola


Assalamualaikum dan salam ramadhan
Ramadhan 18! Ouh hari ni dah start buat biskut raya dah.. first biskut untuk tahun ni biskut Mazola.. erh! Bukan aku yang buat biskut ni tau.. ummi yang buat.. aku just tolong apa yang boleh je..
ni just nak share je resepi biskut Mazola.. sodap biskut Mazola ni ha..try,cuba,test..erh!

Bahan-bahan :
500 g kacang tanah
500 g tepeng gandum
370 ml minyak Mazola
280 g gula kastard
2 sudu kecil baking powder

Cara:
Campurkan gula, kacang tanah, baking powder dan tepung.
Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dikepal dan dicetak
Sapukan kuning telur atasnya dan hiaskan dengan kacang
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20 minit

resepi ni ummi aku guna setiap tahun untuk buat biskut nih..just nak share je
so pada sesapa yang nak try buat biskut Mazola boleh lah pakai resepi ni..



menyapu telur
tarra! siap sudah~
P/s: amount for the gula kastard tuh adalah untuk mereka yang suka manis ye~

bErbUka


Assalamualaikum dan salam ramadhan
Yosh! Seronok gilak semalam berbuka dengan family sebelah ummi beramai2.. hoho
juadah buka semalam yang paling mewah lah kot rasanya sepanjang berpuasa tahun nih.. first mee rebus then ade pulak nasi putih ngan lauk labu masak lemak then ayam  masak kicap tambah pulak ngan ulam ulaman and last but not least sambal belacan yang awesome! Side dishes die rojak petis.. then untuk pencuci mulut ade semangka(tembikai), tembikai susu and paling best ade mata kucing~  disebbkan terlalu ramai family dan juga BAKAL family berbuka kat situ so terpaksa lah aku mengundur diri untuk berbuka bersama pak ushu di dapur.. huhu bukan berbuka mana pun~ minum air je tiga gelas! Pastuh kena pergi prepare sejadah kat ruang tamu untuk solat maghrib pulak..masa tulah nampak terserlah betapa clumsy nye aku..sampai nak terjatuh haha dah adat lah kan bila berbuka ramai2 ni mesti ade main bunga api.. hikhik walopun aku tak dapt nk join budak2 kecik ni main  bunga api disebabkan terlalu penat tapi tengok diorg main pun dah cukup seronok..erh!
juadah yummy ~

taiko tengah mentong (atok2 aku)

betapa banyaknya pinggan mangkuk yang perlu dibasuh =="

special thankz to : mak long, ibu esah, atok mak, kak ira, ushu, dan juga ahli family yang lain.. *nak sebut semua ramai sangat hehe

Saturday 4 August 2012

awesome mybe


Assalamualaikum dan salam satu blogger

Ramadhan ke 15! Fakulti dalam taman.. hurm tulah yang boleh digambarkan untuk UMK kampus Jeli..tempat yang akan aku duduk selama empat tahun..kenapa fakulti dalam taman? Bukan sekeliling fakulti tu ada taman tapi hutan di sekeliling fakulti.. erh! Semua maklumat pasal kampus Jeli ni aku dapat dari sorang senior kat group mahasiswa UMK (sept intake)..orang cakap kampus Jeli ni tempat die jauh ke dalam memang rasa macam tak best je.. tapi setelah senior ni bgtau kitorang keadaan kampus..siap bagi gambar lagi! PERGH! Memang kampus Jeli awesome~ lagipun kampus ni baru bukak awal tahun ni..so no wonder lah sangat cantik kot..and sekarang rasa excited pun ada nak masuk UMK tu.. hihi
okeh last but not least ada sedikit halwa mata di bawah ni.. gambar2 suasana kampus Jeli
*diambil dari group mahasiswa UMK (sept intake)




okeh ni tandas hostel
locker besar! bagus2~
overview

hostel waktu pagi

Thursday 2 August 2012

back to memory


Assalamualaikum dan salam satu blogger

erh.. tetiba nak buat post pasal PASUM yang dah pun tiga bulan aku tinggalkan..rindu? hurm rindu jugaklah.. lagi2 tyme bulan puasa mcm nih.. teringat kat bilik B336 yang memang tak pernah sunyi kott.. penghuni sebenar sepatutnya dua org je..tapi asal malam menjelang je penghuni die membiak.. ==” jadi lima ke tujuh orang..haha
aku, aiman Jiji, akhi Rashid, zelous Zul, saiful Saif, luqman Lu and faid!
walopun kami berpuasa bersama sekali je tapi benda nilah yang aku akan ingat..sampai bila2..
masa first day puasa semangat bangun sahur! Siap buat air teh lagi satu jug..last2 aku jugak yang minum sorang..bila tyme berbuka berkumpul dulu kat bilik B336 barulah ramai2 turun pergi cafĂ© beli makanan.. dalam lif kalau xde orang lain buat mcm lift uh kami punya.. hurrm  oh ya! Terawih malam first.. dah semangat siap2 nak pergi terawih, last2 tengok erh surau dah sesak dah.. ending die terawih dalam bilik je.. bertiga tyme tu..aku,aiman,rashid..nak solat sekali bertiga, ha amik kau sampai keluar balkoni gak lah.. haha
still ingat lagi pergi bazaar kerinchi tuh..sesak2 naik bas..dah dalam bas sesak .jalan pun sesak gak.. memang menguji kesabaran betul time tuh..balik bazaar terkocoh2 sebb dah azan tyme tuh..
hurm apa lagi.. ha kalau tyme buka ade je air yang tumpah.. tumpah kat carpet pak JIJI.. kenalah jemur carpet tuh..nanti bila dah kering bawak masuk,petang nak buka ade lagi air tumpah.. *ni memang tak nak bagi guna carpet lah ni*.. haha
lagi lagi kalau kami rasa malas nak bangun sahur pagi tu.. kol 12 lebih kol McDelivery! Oh yeah! Aku biasa order bubur ayam.. Rashid n aiman burger..
memang seronok gila puasa diorang nih! Lagi2 minggu akhir puasa.. diorang semua layan aku mcm raja gak lah tyme uh.. haha (demam denggi masa tu) thankz gila kat diorg sebb layan aku..belikan mknn tuk aku walopun aku tak makan sikit pun..haha 





Erm klah tu je nak share kali nih.. thankz sebb baca XD