Friday, 12 July 2013

SYUKUR!



Assalamualaikum dan salam ramadhan =)

Ya! Ramadhan ke-3..
Semalam keluarnya result UPU bagi kemasukan degree September 2013 kan? First of all nak ucapkan tahniah pada mereka yang berjaya mendapat tawaran masuk ke university. Pada yang tak dapat jangan risau, boleh lagi buat rayuan dan insyaallah dapat.. pada mereka yang dapat, bersyukurlah walau di mana pun anda ditempatkan dan apa pun course anda.. SYUKUR itu penting.. 

Bila junior dan rakan2 tengah sibuk result UPU, teringat blog kawan aku sorang ni yang memberikan pendapat tetang pemikiran orang Malaysia mengenai university ni.. dan apa yang dia cakap memang betul dan aku setuju seratus peratus.. cuba kita tengok balik reaksi orang bila tanya kita pasal UPU ni.. orang akan tanya university yang kita dapat baru tanya course kita.. and ya! Contoh bila anda dapat UM orang tu automatically akan buat reaksi bangga dan teruja nak tanya course ape.. contoh kedua pulak bila anda dapat UMK orang tu takde reaksi apa2 melainkan tanya course apa dan bila course kita BUNYI gempak sikit, barulah dia buat reaksi bangga dan teruja nak tahu lebih lagi.. 

Nampak tak dekat situ perbezaan reaksi manusia mengenai benda ni.. dan ye aku mengaku yang benda ni berlaku kat diri aku sendiri.. apa lagi buat-buat  tak nampak sudah orang tu nak buat reaksi macam mana pun..  HAHA so, main point yang aku nak sampaikan kat sini adalah BERSYUKUR walau kat mana pun anda ditempatkan.. kat UMK ke, kat UNIMAP ke, kat UMT ke.. semua tempat sama ja.. terletak kat diri kita sendiri jugak nak belajar betul-betul ke tak.. rezeki tu ada kat mana-mana je.. mybe rezeki aku kat sini, rezeki anda kat sana, Allah dah tetapkan semua benda ni..  watlek watpeace =)



1 comment:

  1. Saya student pasum and sy pon tengah pening sbb benda ni

    ReplyDelete