Sunday 23 February 2014

Tepati masa [Allah dan manusia]



Assalamualaikum dan salam ukhwah =)

Halooooyaaaa… sem baru dah start. Macam2 la azam baru yg wujud sempena musim baru kali ni. Ade yg nk dapat 4flat (ni azam normal dari sem 1 lg..xpnh dpt 4flat.. asyik flat jer..). Ade yg nk buat sem kali ni lg lively dr sem lepas n ade jgk yg berazam nk dapat teman sem nie.. hahaha 

Apa pun azam ny msti ingat usaha tersangatlah penting.. tanpa usaha, azam itu hanya satu angan-angan yang tidak akan terlaksana.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan salam blogger =)

Oh intro atas ni ditulis oleh afique bakri.. dia cakap nak tulis and mintak aku publish intro ni HAHA
Back to the topic =)

Tepati masa ALLAH dan manusia. Okeh apa yang korang fikir bila nampak tajuk ni? Mesti macam-macam kan?

Cerita dia bermula bila aku bersama seorang sahabat bernama A menunggu sahabat lagi sorang bernama X dalam kereta. 

A : aku tak suka bila aku perlu menunggu dan orang menunggu aku

Aku : oh, kau dah bagtahu dia tunggu kat sini?

A : dah. Aku pernah terfikir dulu, macam mana kita nak buat orang tepati masa dengan kita kalau kita sendiri tak tepati masa dengan Allah.

Aku : hah?

A : yelah, kita selalu lewatkan solat. Tak solat pada waktunya dah hujung-hujung baru nak solat. Kalau dengan Allah pun kita tak tepati masa, macam mana kawan-kawan nak tepati masa dengan kita kan? betul tak?

Dialog sebenar panjang, tapi aku ringkaskan. Aku pasti korang pun dah nampak apa yang cuba aku sampaikan dalam entry kali ini. perkongsian ini untuk diri aku, tapi aku nak kongsi ngan korang jugak =)

Itu sahaja.. Salam Ukhwah =)

p/s : kepada sahabat itu terima kasih atas tazkirah malam tu.. ia sangat berguna pada aku