Sains Gunaan (Sains Kelestarian) -SEL-
SEL is the code of program
Okay first congratulation for those yang dapat program Sains Kelestarian at UMK. Saya merupakan fourth batch dalam Sains Kelestarian ni and alhamdullilah #roadtograduation this september 2016. Saya tahu pasti anda tertanya-tanya apakah sains kelestarian ni.
Sains Kelestarian adalah Sustainable Science
Sustainable Science ni based pada tiga teras utama iaitu Alam Sekitar (pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar), Sosial (Safety and welfare of workers) and Ekonomi. Lebih tepat adalah People, Planet and Profit. So bila sebut sahaja sustainable tiga benda ni yang akan muncul. Kita sebenarnya mahukan Sustainable Development which means development that meet the needs of the present without compromising the ability of the future generation to meets their own needs. Maknanya kita mahukan pembangunan yang akan menjamin keperluan kita tanpa memusnahkan kehidupan dan keperluan generasi akan datang dan sebab tu pembangunan perlu stabil dari segi tiga teras dalam kelestarian ni iaitu alam sekitar, sosial dan ekonomi. (okay janggal buat explanation dalam bahasa haha - soalan ni famous dalam exam - what is sustainable development?). Pada mereka yang mendapat program ni mohon untuk tidak tolak dan cuba discover betapa seronoknya program ini.
Apa yang kami belajar? okay untuk junior sekalian kalian akan ada kurikulum baru yang lebih menarik, lebih berfokus, lebih segala-galanya berbanding kami batch yang lama yang kurikulum nya lebih general. maaf tak dapat nak senaraikan kurikulum baru sebab masih dalam penambah baikan. kalian bukan sekadar hanya dalam kelas, malahan ada experiment2 yang perlu dijalankan dalam lab dan projek2 di luar yang melibatkan anda untuk explore environment (hutan dll).
Ini apa yang saya tulis berdasarkan apa yang saya lalui di UMK sebagai pelajar sains kelestarian dan anda mungkin lalui benda yang sama serta benda baru yang lebih menarik.
Kelas kebiasaannya tidak begitu pack seperti semasa matrikulasi atau asasi 8 pagi hingga 5 petang tapi degree student life akan ada masa lapang sedikit. Berkemungkinan kelas anda bermula pukul 8 pagi hingga 12 dan akan bersambung kembali pukul 3 petang. jadinya ada masa berehat tengah hari yang panjang. Pakaian adalah casual yang tidak menjolok mata ya budak2 sekalian. Kebiasaanya korang akan lihat senior2 hanya pakai tshirt, jeans dan selipar. awal2 masuk kenalah tunjuk baikkan, pakai collar tshirt, seluar slack dan kasut/sandal. nanti kalau dah lama sikit dan bolehlah ikut senior2 korang.. haha (okay ni contoh tak baik). Kelas satu2 subjek kebiasaanya sejam atau dua jam manakala untuk makmal adalah 3 jam (sila bawa labcoat dari zaman matrik - itupun kalau masih bersih suci lah ya) kalau sudah tiada boleh beli dengan umk labcoat baru. Lecturer SEL ni semua baik-baik belaka dan suka membantu orangnya jadi jangan segan silu untuk meminta bantuan mereka ya. Oh ya mereka sangat supportive dan semangat untuk membangunkan Sains Kelestarian ni yeah!
Once bila korang masuk SEL korang akan banyak bermain dengan air, tanah, dan tumbuh tumbuhan. sebab bila lab korang akan bermain dengan benda2 ini semua. masa batch kami lab untuk subject remediation technology ni best sebab kami banyak main dengan chemical. okay remedial subject ni adalah bekenaan tentang rawatan pollution guna tumbuhan dan macam2 lagi (cth : phytoremediation and bioremediation). Kami ada kena buat project sendiri guna idea sendiri (google lebih) untuk subject Risk Assessment, ada yang buat kiwi kasut daripada pisang, kertas dari papyrus grass, basikal penyapu, and my group buat biogas daripada sampah dan tahi lembu (methane gas). masa project ni group kami struggle main dengan sampah dan tahi lembu untuk menghasilkan mehtane gas tu tapi apakan daya kami kurang berjaya (methane gas tak terkumpul). Well dear juniors, Sustainable science adalah program yang tersangat dan amatlah menarik.. enjoy beb!
Untuk final year student akan ada Final Year Project (FYP). Setiap orang akan dapat tajuk yang berbeza untuk FYP ni. saya dapat tajuk Heavy Metal Determination in Freshwater Fish di bawah Madam Hajar (luar garang tapi kasih sayang dia dekat student seperti seorang ibu). okay untuk FYP korang perlu banyakkan baca journal untuk thesis dan experiment dalam lab bagi yang buat berkaitan dengan experiment. and yeah everything you'll done it by yourself. tapi jangan risau sebab lecturer2 (supervisor) akan bantu guide korang macam mana nak buat. pelase pilih tajuk berdasarkan minat anda sebab korg kena buat benda ni untuk setahun okay.
Sains Kelestarian ada kelab sendiri yang ditubuhkan oleh Muhammad Safiuddin dari batch saya (bangga) haha. Mohon adik adik (eh) sekalian jaga kelab ni betul2 ya bila tiba giliran korang untuk pegang tampuk pimpinan nya. banyak aktiviti yang akan kelab ni organize. program tahunan kelab adalah "Earth Hour". boleh baca blog ini https://sinlest.blogspot.my/p/main-page.html
Soalan yang saya rasa korang banyak tanya ialah peluang kerjaya. okay saya praktikal di salah sebuah syarikat plantation di Johor dan ditempatkan dalam Sustainability Department. at first memang saya tak tahu di sini ada sustainability department, saya main taram je pilih tempat praktikal. di sini saya belajar lebih mendalam apa itu sustainable since dalam lecture kami hanya belajar surface of sustainability (ini kurikulum lama). manager department di sini terkejut bila dapat tahu wujudnya student sains kelestarian dan first day saya disoal siasat apa itu SEL dan lain2. and you guys perlu tahu feedback manager dan staff di sini mengenai degree of sustainable science ni sangat bagus sebab sustainable science students sangat diperlukan sekarang cumanya kurikulum kita perlu ditukar sedikit. jadi berbanggalah anda menjdi sustainable science students.
Dear Juniors, jangan takut untuk mencuba benda baru walaupun banyak cabaran dan dugaan kerana ianya adalah pengalaman dan sesi pembelajaran dalam hidup yang takkan kamu dapat dalam lecture hall. yeah! haha
so any question regarding this program can ask me =)
water sampling at dabong, Jeli |
Mimosa Pigra sp. identification at sungai Dabong |
Flow rate study at Agropark river |
Final year project presentation |
Entrepreneur week (sorry gambaq pasaipa tak tau) |
Earth Week and Earth Hour by SINLEST |
Field trip at Bukit Tagar (sanitary landfill) |
SEL Family Day |
SINLEST Annual Garand Meeting (AGM) |
sand for biogas project |
HACH machine for heavy metal determination in water |
LOGO SEL (dulu dikenali sebagai SBK) |
Biogas Group (ha nampak dak tong sampah tu, dalam tulah kami kumpul methane gas tu.) |
Proud to be SINLEST member yeah! |
No comments:
Post a Comment