Saturday, 20 August 2016

Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli

Assalamualaikum and have a nice weekend guys!

After a few months not blogging and here I’m back.

Yeah! Alhamdulillah after four years of struggle, tamat sudah bergelar pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian) di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli.

Sebenarnya terniat nak post entry ni sebab kemasukan pelajar ijazah bulan September 2016 ni. Since hari tu nampak few juniors tanya apa itu sains kelestarian and bagaimana umk kampus jeli, and here we go!

Pengalaman tiga tahun setengah hidup di UMK kampus Jeli taklah teruk sangat tapi sangat seronok. Kampus Jeli dikelilingi dengan hutan yang sangat cantik sebab tu UMK Jeli dipanggil “Kampus dalam taman hutan”. First time pergi Jeli memang akan rasa janggal sebab tiada supermarket apatah lagi mall tapi korang jangan risau sebab korang akan ada petronas yang kedainya macam supermarket kalau korang terdesak nak cari barang. Kalau hujung minggu free, boleh lah ke Pantai Timur (nama pasaraya) di Bukit Bunga (dalam 20 minit) untuk membeli barang2 keperluan. Kalau rasa nak lebih sikit boleh ke Tanah Merah (dalam 45 minit), dekat sana ada macam2 (Pantai Timur, KFC, Pizza Hut, dll). Kalau nak enjoy lagi lebih pergilah ke Kota Bharu (dalam 2 jam) ha kat sana ada KB mall, Tesco, Aeon dll. Discover lah semua tempat ni selama korang kat Kelantan tu. Serious best!


Okay next cerita tentang kampus Jeli, dekat kampus ni ada dua fakulti. 

1. Fakulti Sains Bumi (FSB)
- Sains Gunaan (Sains Sumber Asli)
- Sains Gunaan (Sains Kelestarian)
- Sains Gunaan (Geosains)
- Sains Gunaan (Teknologi Sumber Hutan)
- Sains Gunaan (Teknologi Bahan)

2. Fakulti Industri Asas Tani (FIAT). 
- Sains Gunaan (Sains Penternakan)
- Sains Gunaan (Agroteknologi)
- Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri)
- Sains Gunaan (Teknologi Pembangunan Produk)
- Sains Gunaan (Jaminan Makanan) *baru*

Kalau intake September 2016 ni masuk korang akan nampak banyak pembinaan sedang dijalankan di dalam kampus, ya kampus ni sedang membesar dan akan lebih besar maka berbangga lah korang duduk dekat kampus jeli ni. Semua students kampus Jeli akan ditempatkan dalam kampus (maknanya tiada yang kena sewa luar). Lelaki akan ditempatkan di Kolej IBS manakala yang perempuan akan ada tiga kolej kediaman iaitu Blok A, Blok B dan Pinggiran UMK (tak ingat namanya). Kolej IBS dan Pinggiran (Kolej baru diduduki tahun lepas) agak jauh dari fakulti kalau jalan kaki dalam 10 – 20 minit, yang Blok A dan B tu betul2 depan fakulti (jalan kaki tak sampai 5 minit). So digalakkan untuk membeli basikal atau motor, kalau kereta hanya dibenarkan untuk pelajar tahun 3 dan 4 (kalau tak silap). So tahun 1 dan 2 yang nak pakai kereta bolehlah sewa kereta di koop atau di luar (sila pilih betul2 ya dan ambil gambar sebelum menggunakan kereta tersebut sebagai bukti sekiranya dituduh mencalarkan atau merosakkan kereta tersebut). Ha dalam kampus ni ada J-Mart (tempat beli belah makanan dan barang gunaan harian) dan Koop fotostate (alat tulis, printing, fotosatate dll).

Once masuk kampus ni korang akan nampak rumah tamu yang tersergam besar depan tu and masjid besar dibelakangnya. Then korang akan nampak padang menghijau, court futsal, court tennis, court bola jaring dan open gym so kalau petang2 bosan takde class boleh lah beriadah. Then korang akan nampak dewan besar yang baru (tak sure dah siap atau belum) and dewan kecik sebelahnya. Dekat situ jugak korang akan nampak bangunan kabin di mana lecturer bertapak (bilik lecturer – separuh sahaja, lagi separuh di bangunan fakulti). Kalau terus lagi akan menuju ke Kolej IBS (untuk lelaki). Sebelah dewan tu ada dua bangunan fakulti, yang dua tingkat warna merah di panggil sebagai BAP (Bangunan Akademik) dan lagi satu tiga tingkat dipanggil bangunan fakulti. Dekat dua2 bangunan ni ada bilik lecturer, kelas dan lab. Berdekatan dengan bangunan fakulti ada dua blok kediaman iaitu blok A dan B (untuk perempuan). Tak jauh dari situ ada café (tempat melantak lepas kelas haha). Pinggiran UMK (kediaman perempuan jugak) dekat belakang café tu, ikut ada jalan dia. Banyak lagi nak cerita pasal UMK Jeli ni tapi rasanya cukup lah takat ni, any question boleh comment di bawah ye 


we used to call it as cafe perempuan sebab dekat dengan Blok A dan B (Kolej perempuan)
cafe lelaki di Kolej IBS tiada gambar maaf 
Kolej IBS (gambaq luar tak jumpa) 
Taman Pinggiran UMK

Blok A dan B

Inilah suasana bangun pagi dari Blok 

Superb cantik

Pintu gerbang masjid (sekarang lain dah)

perbezaan sekarang dan dulu (Bumbung merah tu bangunan BAP)

Depan UMK Kampus Jeli

Bangunan Fakulti

Masjid UMK Kampus Jeli 

Dalam bangunan Fakulti

Library (ni dulu ni)

Kami panggil kolam itik

Ni rupa library sekarang

Pandangan dari bangunan fakulti

Okay ni plan sebenar Kampus Jeli (banyak lagi pembangunan sebenarnya)

Gambar sumber google ;)


8 comments:

  1. Assalamualaikum. Nak tnya kalau sy apply umk for course enterpreneur,mungkin saya akan ditempatkan di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sorry lambat reply, course entrepreneur di kampus pengkalan chepa

      Delete
  2. And sy perasan yang profil picture kamu macam familiar je? Auditorium PASUM ke? Student pasum ke dulu?

    ReplyDelete
  3. Hi nak tanya campus bachok and jeli Lain2 kee?

    ReplyDelete
  4. Sem 1 dah boleh bawa motor ke?

    ReplyDelete